Friday 26 August 2011

dugaan yang mencintai diriku....

assalamualaikum w.b.t

saat aku menaip blog ni sebagai diary hidupku...aku sangat sedih yang teramat...tidak lama lagi aku bakal menjadi tunangan org...hari ini kak long sudah selamat sampai ke kampung halaman.....dan esok kakak bongsuku akan balik bersamaku..aku akan menyambut ketibaan d KKIA..30 minit kemudia..aku akan menyambut ketibaan bakal peneman hidupku sepanjang hayat MR.NADZARY...

namun..dalam persiapan last minute ni ( last minute sebab tunggu akak2 aku datang n urus bersama denganku )
aku dan keluarga bakal tunangku dikejutkan dengan pelbagai dugaan...dugaan ni semua buat aku jatuh menangis ketika aku bersujud kepadaNYA..aku kesian dengan diriku sendiri..

saat aku ingin memulakan langkah baruku ke zaman tunang, pelbagai dugaan yang timbul...nenek tunangku jatuh sakit..sakitnya membawa kerisauan semua pihak termasuk diriku sendiri..anak-anak nenek dan cucu2 sangat bersedih....dalam kesedihan ini pelbagai kerisauan bercampur dalam benak fikiranku..terlalu negatif..hal ini membuatkan diriku untuk menangguhkan proses tunangku kerana keadaan yang kurang selesa...ini kerana aku kasihan dengan keluarga bakal tunangku yang belum tenang jiwa mereka disebabkan sakit yang melanda nenek..

bayangkan..pukul 1 pagi semalam saya dan adik bakal tunangku dikejutkan dengan panggilan bakal tunangku dan juga bakal mak mertua..mereka bagi tau yang nenek dalam keadaan tenat..aku jadi binggung lantas mengejutkan adik ipar aku.. dengan pantas adik ipar aku terus bawa aku bersiap dan terus ke Kinarut Papar. Ya ALLAH.........hati aku sangat tidak tenang masa tue... aku risaukan Bakal tunangku yang juga risaukan neneknya..dia ni penyayang sangat dengan keluarganya...

sampai sahaja di tempat tersebut, semua menjadi sunyi..anak2 dan cucu2 nenek duduk tunduk dan terdiam...dan ustaz pula membacakan kalimah2 suci ALLAH ke telinga nenek....keadaan menjadi sunyi...dipendekkan cerita..keadaan nenek setakat ini baik2 saja..tapi masih terlalu lemah...

mcm mana aku nak teruskan pertunanganku jika keadaan masih belum stabil?? nasiblah bakal tunangku dan juga bakal mak mertuaku sentiasa bercakap denganku dan suruh bersabar dan banyak berdoa semoga segala urusan berjalan dengan lancar...

sorang lagi nenek lelaki adam terjatuh dalam toilet....dan sakit segala sendinya..sukar untuk bergerak lebih.. YA ALLAH...dalam pada masa yang sama semua dugaan ini terjadi kepada diriku.....aku hanya menagis dan berdoa semoga semuanya berjalan dengan lancar.....keluarga saudara mara bakal tunangku sudah sebati dalam hidupku..aku telah menganggap mereka seperti keluarga sendiri..mereka seid, aku juga turut sedih kerana aku sudah faham setiap selok belok keluarga mereka....
bila aku bertanya kepada bakal tunangku kenapa dugaan berat sentiasa datang pada diriku dan bakal tunang menjawab dengan jawapan yang menenagkan diriku iaitu " kerana ALLAH sayang diriku " air mata aku terus menitis kebumi tetapi aku menjadi tenang.....

aku nak sangat korang doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar...


thanx kepada temanku sherry dan nurul sebab bagi banyak kekuatan dalam hidupku...diorang semakin matang...i miss them soo much... nurul, sherrie, jaja, n ryna.... hope dapat jumpa korang masa hari bahagiaku..love u moreee... ;)


dikesempatan ini juga aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin..halalkan semua yang pernah aku terpakai, termakan, terpinjam..dan segala2 ter.... ;)
nak minta maaf semuanya atas kesalahanku yang pernah aku lakukan.... ;)
aku sudah azam baru dalam hidupku ;)

thanx kepada bakal tunang yang senantiasa memahami diriku.....dan thanx sebab terlalu baik untuk diriku....


selamat aidilfitri........




No comments:

Post a Comment