Sunday 31 July 2011

mY liFe wiThouT hiM~

Assalammualaikum...1stfaezah nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan Almubarak....semoga Ramadhan kali ini memBawa seriBu makna unTuk kita....sama2 la kita manfaatkannya..

 walaupun faezah gembira untuk menyambut ramadhan...tapi disebalik kegembiraan terselit kesedihan di hati ini.hari ini, Dia sudah tebang kat KL..faezah pulak still kat negeri dibawah bayu..sebak rasanya tanpa dia disisi,,, sudah tu x dapat hantar dia kat airport sebab faezah terlibat dengan camping sekolah.....rasa hati ini macam dah nak tercabut.... 3 hari dah faezah menagis sorang2....dan tak tau berapa kali dah menangis depan dia sebab sedih dia jauh dari faezah...SAKIT SANGAT!

faezah ni jenis sangat manja dengan dia.......kalo dengan dia faezah boleh ketawa gembira dengan lawak2 dia yang bikin pecah perot.....dengan dia faezah boleh marah sambil ketawa....kalau gadoh pun, faezah tak tahan lama2 gadoh.....afta gadoh, 5 minit kemudia mesti faezah mintak maaf sebab faezah tak boleh nak sakiti dia...faezah perlu dia sangat2.... tiap2 pagi dia terpaksa bangun awal semata2 nak hantar faezah gi skolah....petang pula kena amik faezah....hujung minggu pula spend tym ngan faezah tgk wayang.....
dia selalu menenangkan faezah kalo faezah naik angin...dia selalu bagi nasihat baik2 dengan faezah....dia selalu lakukan apa saja untuk faezah..dia selalu cubit faezah kalo dia marah..dia selalu buat gaya kanak2 untuk faezah.........dia selalu tipu faezah kononya ada gajah yang hidup dalam laut sampai faezah percaya benda tu kalau nampak batu besar timbul  tepi laut likas....

SEKARANG???
 faezah tak nampak da muka manja yang dia selalu buat...
faezah tak dapat dah buli2 dia..
faezah tak dapat dah main teka teki dengan dia
faezah tak dapat da tengok dia buat muka angry bird...
faezah tak dapat dah kehulu kehilir dengan dia...
faezah tak dapat makan burger dah dengan dia...


faezah rindukan semuanya.....faezah rasa sangat kehilangan dia...faezah rasa sangat yang faezah tak boleh hidup tanpa dia....faezah rasa sangat yang faezah ni betul2 sayang dengan dia....

KORANG DOAKAN KAMI YA........ FAEZAH SAYANG DIA.....TIAP SAAT FAEZAH AKAN MERINDUI DIRI DIA.....




SAYANGKU NADZARI..@ ADAM.....


Thursday 28 July 2011

Check iT out...

 i will miss him bila tgk balik rakaman aku membuat persembahan kat Annual dinner UNIRAZAK last year.... me n him...

Sunday 17 July 2011

engagement preparation~

assalammualaikum wbt....

ermm nak mula mana dulu?? cewah..actually 1 jer story yang nak distorykan..n untuk makluman semua..story ini bukanlah nak menunjuk-nunjuk..tapi just nak share apa yang ada dalam hati ni.... ;)

ok kelmarin afta dari skolah adam n bakal mak n bapak mertua bawa lunch sesama..afta dat kami sesama pegi tengok cincin tunang.. ;) saya dan adam pon cari2 juga kot2 ada yang sesuai kan... ya terlalu blink2 sangat cincin2 yang ada...dan saya pula jenis orang yang simple...pertama sekali mak mertua cadangkan white gold untuk my engagement..tapi bila fkir2 balik baik dan buruknya..saya dan adam bercadang untuk beli golden ring sahaja....apatah lagi dengan diri saya yang sangat simple....mummy adam suruh pilih cincin yang besar sikit..tapi saya berkeras juga nak yang simple...haha timbullah gelak tawa di kedai emas tu..semua pun mengetawakan tingkah laku saya yang blurrr melihat kesilauan rings2 yang ada... ;) adam lah yang suka membuli saya masa tu..mentang2 lah saya ni cepat blur n bengong2 hahaha..... sooo 1 cincin tu sangat kena dihati saya..tapi tidak pada adam.....tapi adam cakap kalau saya suka, dia belikan jer untuk engagement tu... ;) so saya pon pilih la cincin comel tu..cincin tu simple jer....i like bebeh!

ok selepas ke kedai cincin pula..kita orang pegi kedai EMADIRA untuk beli kain sembahyang, sejadah serta kebaya nyonya sebagai hantaran...lepas tue pegi ke BODY SHOP.sesudah itu kita orang pun gerak ke suria sabah untuk membeli handbag,high heels,kasut adam, neck tie dan sebagainya......tapi sebelum tue..kita orang singgah kat NASI LEMAK ANTARABANGSA untuk membasahkan tekak sambil2 berehat sebentar setelah berjam2 mencari....meneliti.....serta membeli barang2 tadi..almaklumlah benda ni kena nampak perfect walaupun simple kan...

mula2 sekali kedai bag Carlo Rino menjadi laluan utama kami..tapi oleh kerana kecerewetan ku dengan bag2 yang ada...kami pun berpindah ke destinasi lain.....finaly adam n mama adam suggest kat GUESS untuk beli handbag... aku tersenyum2 dengan bag2 yang ada kat sana..rasanya macam semuaaa saya nak...haha....

lepas tu............................


ermmmmm nak story panjang2 tapi nant x surprise la kan..... ok2 rasanya sampai sini jer dulu story kali ini,...biar story ni agak tergantung disini....kita tunggu jer hari bersejarah saya dan adam ok...
tapi paling penting saya nak korang doakan kebahagiaan saya dan adam walaupun kami akan berjauhan satu hari nanti ;( insyaallah......jodoh tidak akan kemana.. ;) amin....

i love adam... ;)


Sunday 10 July 2011

DR SHEIKH MUZAPHAR SHUKOR......

assalamualaikum w.b.t

haloooo...ok2..sabar ek...ermmm actually hari nie saya happy sangat2...tersangat2 lah happy.....
nak tau kenapa??? sebab.......ermmm...sebab..ok2 bunyi drum dulu....tram tamm tammm...sebab saya jumpa sorang idola saya sejak saya upper 6 lg...dia ni kan..buat saya kena denda kat hostel sebab saya datang lewat semata2 kerana mamat ni.....pastu mamat ni buat saya angau n imagine slalu nak kawen dengan dia...pastu saya imagine supaya dapat jumpa ngan dia....pastu mamat ni buat saya letak pic dia kat bilik n kat frame pic kat atas meja saya ;))

hehe...dia  la....

haaa......dia ni la...hensem kan?? of coz la..suma org nampak dia ni ensem giler...saya dulu siap mintak driver skolah simpan news paper yang ada pic dia...pastu driver skolah tu sendiri cari saya kat kelas untuk send picca2 tu dengan saya...bebudak kat kelas buat dekk jer ngan gaya saya masa tu..diorang x heran..cz saya memg kuat berimaginasi yang bukan2 sampai skunk.. ;) saya memg nak kawen mamat ni..tapi DR HALINA dah curik hati DR SMS tu dulu dari saya.. ;)  tapi tak kisah la...yang penting saya dah jumpa dia kat CENTRE POINT KK...secara x sengaja...

mcm ni story dia....1st tu heran gaks sebab ramai orang berkumpul kat atrium CP tu..siap ada banner dr SMS lagi...saya pon teka la kot2 Dr SMS tu ada...tapi fikir x logik...skali tengok depan mata.. OMG!!!!!! dia beb! hensem giler..tinggi pulak tu...pastu muka dia senyumm ja....dia lambai2 tangan kat saya..opsss..bukan2 dia lambai2 tangan kat org2 yang panggil dia...dia layan peminat baikk punya wooo! TERBAIKKKK......

saya terpegun jugak la...nak jugak amik pic..tapi keadaan saya yang selekeh masa tu buat saya keberatan untuk amik pic ngan dia... ;) cis..ngada2 kan saya..macam lah saya ni artis or selebriti ;P x kisah la..yang penting saya jumpa dia ;)))

ermmm banyak lagi story pasal dia ni..tapi penat jari jemari nie nak ketik2 keyboard PC yang lebarrrr ni ( pinjam PC adam) ;)
apa2 pun..saya tetap sokong idola saya tue...n saya tunggu kelahiran baby dia selaku anak tiri saya ...hehe2...

bubye semua.....esok ada perhimpunan skolah....nak titon awal....bubyee......

Wednesday 6 July 2011

panduan bersama ;)

RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."
Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.
Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.
Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.
Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.
Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.
Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.
Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.
Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."
Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.