Friday 7 October 2011

dikala hati kecil menangis sendiri

hari demi hari....masa berlalu....hari yang dinantikan selalu akan terasa lama untuk ditunggu...kadang-kadang kita rasa "down" dengan setiap dugaan yang banyak menikam diri kita..lebih-lebih lagi dugaan yang sentiasa menyelubungi diriku..aku penat dengan dugaan yang terlalu sakit untuk dinikmati..perkataan nikmat itu sebenarnya tidak wajar dengan dugaan yang dihadapi..tapi bila direnungkan bersama ..ALLAH SENTIASA MENDUGA INSAN YANG DISAYANGI-NYA..terasa diri ini kecil sangat..

syukur ALHAMDULILLAH...dikala aku sakit dengan dugaan-dugan hidupku, insan pertama yang sentiasa menyokong ku ialah tunangku...dia terlalu sabar dengan semua tingkah laku diriku..terlalu kuat dalam cabaran hidup yang aku lalui.sentiasa memberi semangat untuk meneruskan hidupku yang serba kekurangan...kadang-kadang aku menangis kerana masih ada insan yang sentiasa memberi aku semangat walaupun dia tidak kuat dalam menempuh dugaan dalam dirinya sendiri...aku bersyukur kerna dirinya sentiasa bersamaku walaupun kami dipisahkan oleh laut china selatan..walaupun selama ini dan hingga kini masih ada gerangan yang sentiasa memerhati kesalahan dalam hubungan kami..inginkan kami tidak bahagia...melihat setiap jahitan kainku tanpa menjaga tepi kain mereka sendiri..setiap manusia tidak sempurna dan setiap manusia melakukan kesilapan.

kesilapan itu sebenarnya mematangkan diri kita sendiri..memang dalam diri kami berdua..kami banyak berubah...sedikit sebanyak perubahan itu membuat kami bahagia..alhamdulillah...

namun masih banyak dugaan yang kami tempuhi bersama....terlalu banyak.....aku berharap sangat supaya dugaan semua itu dapat kami lalui dengan hati yang kuat....INSYAALLAH.....semoga mereka yang senantiasa menunding jari kepada kami mendapat balasa dari ALLAH..kerana aku hanya insan yang lemah untuk membalas segala perbuatan jahat mereka.....aku hanya berserah kepadaNYA...kerana semua yang didunia ini adalah ciptaannya..dan DIA layak untuk memberi balasan...

ALLAHUALAM.......

No comments:

Post a Comment