Tuesday 27 September 2011

HijAb iTu iNdah

assalammualaikum w.b.t

syukur alhamdulillah syukur nikmat malaysia maju rakyat selamat.. ... :)

ya..entry kali ni berkenaan dengan muslimah kita yang sudah berhijab..
first sekali aku nak bersyukur dan berterima kasih dengan ayah dan bondaku yang banyak mengajar aku dalam hidup..
diusia aku enam tahun..aku tidak la berhijab, aku kesekolah seperti kanak-kanak lain..pakai uniform sekolah, ikat tocang dua kat kepala...ikat rambut yang colorful..puas aku bergaya...pakai gaun lip lap lip lap...pakai seluar pendek main basikal kat kampung...ikot menari sana sini...memang semuanya kenangan manis..
start aku berumur 12 tahun aku form 1 masa tu( umur aku muda sebab aku masuk sekolah awal) aku dah start pakai hijab(tudung) itu mak aku suruh..mama cakap aku dah akil baligh...kena pakai tudung..kena solat...tak boleh pakai seksi2 lagi.....aku ikot jer...tapi alhamdulillah...sampai sekarang aku dengan hijab aku tak pernah lepas walau kemana saja...
aku bersyukur ayah dan bonda sering mengingatkanku tentang hijab aku dari dulu....
bila ingat balik....aku kesian dengan para wanita di luar sana yang tidak berhijab walaupun seorang muslimah...semua alasan ini selalu kita dengar
1) belum bersedia
2) belum terbuka pintu hati
3) nanti aku tua baru aku pakai
4)pelik la muka aku pakai tudung..tak cantik
5) nanti aku pakai...tapi kalo aku yang pakai terus pakai tudung labuh..tak nak lah fesyen2 macam kau( tapi tak pakai jugak)

hurmm..syukur sangat aku tak macam mereka yang sakit kepala nak fikir bila masa sesuai nak pakai tudung...SYUKUR ALHAMDULILLAH...
kalo nak tunggu pintu hati nak terbuka baru nak pakai memg susah....cuba fikir, kalau dah pintu hati tak terbuka dan esok lusa kita bertemu ilahi...tak sempat nak berhijab....tak pe la kan..sebab bila kita disemadikan, kita dah pakai hijab kekal (KAIN KAFAN) masa tu kita tak payah fikir pintu hati lagi..tu semua memg wajib diguna..betol tak??

aku bangga dengan mereka yang sudah memakai hijab..lawa..sopan..dan ayu.......tengok..ni contoh mereka yang berhijab...



semuanya akan jadi senang bila kita dah berhijab...cuma kita kena berhati-hati dengan tingkah laku kita..kadang kala para muslimah yang berhijab ni sering menjadi bualan luar..mencari kesalahan kita dengan tidak semena-mena..
jangan takut..kita berhijab kerana agama kita
kita berhijab kerana pesanan RASULULLAH S.A.W
kita berhijab kerana ALLAH..

para wanita yang diluar sana...berhijablah kita...jangan risau muka akan nampak tak cantik bila berhijab....kepentingan didunia hanya sementara...berhijablah wahai muslimah...

No comments:

Post a Comment